blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

HEADLINE NEWS

PERHATIAN

Kepada pengusaha blog-blog UMNO di dalam Bahagian Shah Alam yang ingin menggunakan template blog ini, sila INVITE bingaiku@gmail.com dan lantik sebagai ADMIN. Template ini masih memerlukan beberapa modifikasi untuk keperluan anda. Apabila selesai, anda boleh menendang saya keluar dari blog anda!

Bingai @ Bangang

Al-Fatihah: Per Mohamed Dalam Kenangan

Tuesday, June 7, 2011

Berita selanjutnya di blog Tendang Terajang
Read Full 0 comments

Harga Sebuah Perjuangan

Wednesday, August 18, 2010

Gambar Hiasan

Dipetik dari blog Tendang Terajang

Aku ni bukan suka buat posting pasal politik dalam blog aku tapi melihat kepada perkembangan yang berlaku di Selangor sekarang nak test gak tulis pasal politik. Mana tau kot-kot ada habuan sket dari RM15juta. hehehe.

Ada dua cerita yang berlaku di tempat yang sama pada dua masa berlainan:

Cerita 1:

Cerita ni masa baru-baru PR mentadbir Negeri Perak. Bini tua..... oooopppssss silap tersasul lak. Bini aku orang Batu Gajah Perak. Pada satu ketika aku pun baliklah ke kampung dan singgah di rumah adik ipar aku yang merupakan penyokong tegar PAS. Masa tu sepupu dia yang aku rasa orang PKR pun ada. Lalu dengan megahnya sepupu adikipar aku tu memulakan kisah

"Abang tengok sendiri. Baru beberapa bulan PR perintah masaalah kuil Hindu dah selesai. Dah pindah pun." Kembang kempis hidung dia bercerita.

"Betul tu, bang. Selama BN perintah dah banyak kali bagitau tapi tak buat apa-apa." Adik ipar aku pula menyampuk.

Memang masaalah kuil Hindu tu dah lama aku dengar. Kuil tu dulu sebenarnya kedai kayu yang dah tutup perniagaan berada lebih kurang 30 langkah je di seberang jalan berhadapan masjid Batu Gajah. Bukanlah besar sangat. Kalau buat kedai makan pun boleh letak 4 meja je. Tetapi cukuplah untuk umat Hindu beribadat.

"Isu kuil kat seksyen 23 shah alam tak selesai lagi kan?" Dia bertanya pada ku pula.

"Haah" Jawabku dengan rasa tak selesa.

"Buat macam kami. Tunjukkan kuasa pengundi." Memang bersemangat sepupu adik ipar aku tu. (kalau dengan aku nak panggil apa ek? hehehehe)

"Memang hebat." Aku memuji. Entah macam mana terkeluar ler soalan bingai aku, "Kau dapat tanah kat mana pulak?"

"Tanah apa pula?" Dahinya berkerut.

"Ialah. Korang dah berjuang untuk dapatkan kuil Hindu sebidang tanah PERCUMA, tak kan kau pun tak dapat tanah. Tak kan cukup dengan menumpang di tanah makbapak?" Aku beralih memandang adikipar aku. "Kamu pula takkan asik nak dok menyewa je. Abang dengar PR bagi tanah pajakan 999 tahun."

"Yang tu untuk kampung baru Cina, Bang. Masih dalam peringkat cadangan pun."

"Ooooooo"

Sepupu adik ipar aku tadi cuba mengalihkan cerita, "Tu tengok tu. Pindah je kuil terus buat masjid baru."

"Eh. Bukan ke buat mesjid tu peruntukan kerajaan Pusat?"

"Mana ada? Kalau tak usaha PR sembahyang raya kat parking kereta ler jawabnya." Dia mencemek kan muka.

"Tak tau lak aku. Tapi masa aku lalu tadi ada aku baca papan kenyataan kat mesjid tu." Aku sengih. "Dia tulis SATU LAGI PROJEK OLEH BARISAN NASIONAL"

Sepupu adik ipar aku minta diri kerana nak amik bini dia kat rumah orang kawin. heheheh

Cerita 2:

Selepas BN merampas balik pentadbiran Negeri Perak.

"Apa cerita tanah mak tu?" Aku bertanya pada adik ipar aku.

Sebelum ini rumah mak mertua aku dibina di atas tanah KTMB. Apabila KTMB menambah landasan, mak mertua aku diberikan sebidang tanah lot rumah PERCUMA.

"Inilah masaalahnya bang" keluh adik ipar aku

"Kenapa? Kau tak tukar nama mak ke nama engkau lagi ke?"

"Pejabat Tanah tak bagi bang."

"Kenapa pula? Kan tanah tu dah letak nama mak. Tukar je ke nama engkau apa yang susah? Adik beradik yang lain semuanya dah setuju sebab kau pun tak de harta lagi."

"Dah cuba, bang. Tapi tak boleh."

"Kenapa pulak?"

"Sebab tanah tu belum ada bangunan lagi. Kena dirikan rumah dulu baru boleh tukar nama."

"Ooooo"

Dalam hati aku berkata Nasib baik. Kalau tak dah tentu kena jual ler tanah tu. Untung atas angin sebab tanah tu betul betul sebelah stesyen baru KTMB Batu Gajah.

Cuba bayangkan bila di Selangor dah tak de lagi Discount untuk Bumiputra. Baca DI SINI!

Lu pikir laaa sendiri. hehehehe

Read Full 0 comments

Bubur Lambuk di UMNO Bahagian Shah Alam

Monday, August 9, 2010

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

Anjuran UMNO Bahagian Shah Alam

8hb Ogos 2010

8.00 pagi


Dirasmikan oleh:
Datuk Ahmad Nawawi Bin Datuk Mohd Zain

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam






Pemenang!
Sri Nita
Sri Kenanga
Seksyen 17, Shah Alam





Read Full 0 comments

Pemberitahuan

Wednesday, April 28, 2010
Blog ini dibina untuk membantu Cawangan, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk memiliki blog mereka sendiri. Kepada mereka yang berkenaan sila hubungi bingaiku@gmail.com

Tujuan blog ini dibina:
  1. Memberi peluang untuk ahli-ahli menambah pengetahuan.
  2. Memberi peluang kepada ahli-ahli mengetahui aktiviti dan perkembangan sesuatu cawangan.
  3. Memperolehi berita terkini di dalam sesuatu cawangan.
  4. Menyelaras blog-blog UMNO di dalam sesuatu Bahagian.
  5. Menyediakan satu rekabentuk yang sesuai.
  6. Membolehkah setiap pergerakan di dalam cawangan mengetahui aktiviti cawangan-cawangan lain di dalam satu Bahagian supaya dapat memberikan sumbangan dan sokongan.
  7. Melanjutkan berita-berita atau aktiviti-aktiviti sesuatu cawangan di dalam Bahagian.
Kepada pembina blog yang ingin mendapatkan reka bentuk ini bolehlah menghubungi melalui emel kepada bingaiku@gmail.com
Read Full 0 comments
Mengapa bayar lebih?
Klik gambar di sini untuk
maklumat lanjut!

Blog-Blog Cawangan UMNO Bahagian Shah Alam

 
Powered By Blogger

Pergerakan-Pergerakan Wanita Cawangan (Bahagian Shah Alam)

Powered By Blogger

Pergerakan-Pergerakan Pemuda Cawangan (Bahagian Shah Alam)

Powered By Blogger

Pergerakan-Pergerakan Puteri Cawangan (Bahagian Shah Alam)

© Black Newspaper Copyright by UMNO Shah Alam - Pergerakan Wanita Cawangan Sri Kenanga | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks